Friday 29 July 2011

Cucur Udang Kuah Kacang

Salam..
Ada satu ari tu tiba2 teringat kat coq udang cicah dgn kuah kacang yg kat kampung.. memang sedap coq udang org tu jual.. kalau blk kampung x beli coq udang dia mmg x sah.. cucoqnya rangup, kuah nya likat, pekat, melekat.. hehe.. fuhh.. mengalir air mata... :p takde maknanya.. tp mmg sedapla cucur udang dia.. klu kita beli nnt dia bagi skali dgn timun & tauhu.. So bila dah kat sini mana nak dpt cucur udang kuah kacangkan.. yg byknya klu org jual cucur udang tu mesti cicah dgn sos yg mcm x bape ikhlas nak kasi tu.. so terpaksalah buat sendiri.. tp buat sndri, x susah pun.. lagi sedap.. hehe.. mmg sedap pun.. 

Cucur Udang Kuah Kacang
























Resepi Cucur Udang

Bahan
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 biji telur
3/4 cawan air (agak2. jgn cair sgt)
udang secukupnya
secubit garam
secubit kunyit

Cara
Campur sume bahan sampai sebati dan goreng hingga kekuningan..

Kuah Kacang


Resepi Kuah Kacang

Bahan
100 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak. 1/4 tumbuk kasar. 3/4 kisar halus)
2 biji bawang besar * (dimayang)
2 ulas bawang putih *  (dimayang)              
10 tangkai cili kering * (dipotong pendek2)
1/2  inci halia
2 btg serai
1 sudu besar udang kering
sedikit gula & garam
1/2 cwn air asam jawa
2 sudu besar minyak

Cara
1. Gorengkan hingga layu bahan2 bertanda*. kemudian blender bahan goreng td bersama halia, serai & udang kering.
2. Kemudian tumiskan bahan yg diblender td hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa. biarkan sebentar.
3. Masukkan kacang tanah. Kacau. Perasakan dgn gula dan garam secukupnya. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak hingga mendidih.. dah siap..

So bolehlah makan cucur udang cicah dgn kuah kacang.. klu nak sedap lagi blh goreng tauhu ke fish cake ke fish ball ke mkn jgk dgn kuah kacang.. ermm memang marveles... :p Sape2 yg rajin blh jgk rebus nasi impit mkn dgn kuah kacang.. mcm hari raya la plk.. hehe..

eee.. tak sabar ni nak blk raya nak mkn coq udang kuah kacang... hehe..

Thursday 28 July 2011

Kuih keria @ kuih gelang

Salam..
Hari ni mari kita berkenalan dgn kuih yg sememangnya femes nih, kuih keria. Ini mmg di antara kuih feveret jgk ni. nak buat pun senang, bahan pun mudah. Ramadhan pun akan menjelma mggu depan, mmg sedap klu buat utk berbuka puasa nnt. Ni bulan puasa nnt blhla nak tgk harga makanan naik atau tak. Kalau dulu rm1 blh dpt 3 ketul kuih, tahun lepas dah naik sebiji 40 sen, tahun ni macam mana plk la.. Skali harga petrol naik, skali harga mkn naik, pastu harga gula pulak naik, harga mkn pun naik.. yg heran nya bila harga petrol turun, takde plk harga mkn nak turun.. ish ish donia donia.. yg kesian nya golongan yg kurang berkemampuan lah.. yg anak ramai.. Eh.. melalut lak.. jom tgk resepi kuih keria..

Kuih keria @ kuih gelang


Resepi Kuih keria

Bahan
500gm ubi keledek merah / yg biasa pun x pe
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn air
sehelai daun pandan
air utk rebus & minyak utk goreng

Cara
1. Buang kulit ubi keledek tu pastu potong kecil2, basuh dan rebus smpi lembut. Cucuk dgn garpu, klu tenggelam kira dah masakla tu. Angkat dan toskan.
2. Bila dah sejuk skit, lecek smpi jd mcm paste.
3. Masukkan tepung gandum, uli sampai sebati. (masa ni adunan akak melekit2 kat tgn)
4. Lumur sedikit tepung kat tgn dan bentukkan adunan td jadi mcm bentuk gelang. Buat hingga abis. Semasa proses nak buat gelang tu sentiasa lumurkan tgn dgn tepung supaya x melekit tp jgn byk sgt nnt kuih keria ni akan jd keras klu terlebih tepung.
5. Pastu blh goreng. Angkat dan ketepikan.
6. Dalam kuali masukkan gula, daun pandan dan air, masak hingga mendidih dan berbuih2.
7. Perlahankan api dan masukkan kuih gelang td. Kacau hingga semua kuih di salut dgn gula. Tutupkan api. Kacau lg kuih2 tu sampai gula mengeras. Jgn berhenti kacau selagi gula x keras. Kemudian bila gula dah keras, blh angkat dan mkn..

Senang je.. cuba buat dulu.. baru tau..

Happy birthday to me...

Salam..
Selamat hari lahir pada diri sendiri.. gembira... sedih... apa pun hidup harus diteruskan kerana hidup ini bukan untuk dunia semata-mata. Semoga kesabaran di dunia membawa berita gembira di akhirat sana. Saat anda menangis sambil berkata: "Mengapa Allah membiarkan persoalan ini menimpaku?" Katakan pada diri anda: "kerana Allah Maha tahu bahawa anda akan menjadi org yg kuat!" bila anda mengeluh sambil berkata: "mengapa persoalan ini tidak henti2 menghampiriku?" Katakan pd anda: "Kerana Allah sedang mendidik anda dgn cara itu. Betahanlah! dan tunggu saat Datangnya pertolongan Allah".

Ya itulah pesanan pada diri aku sendiri. Org slalu cakap berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.  Di mulut senyum dan ketawa tapi hati siapa yg tahu..

Sunday 24 July 2011

Roti Jala

Salam..

Bila dah duduk umah sendiri nih, bila teringin nak mkn pape, kenalah buat sendiri.. benda yg sebelum nih x penah2 buat pun dah terpenah buat la.. So aritu rasa nak mkn roti jala, boleh jer beli kat kedai tp datang plk mood nak masak.. tp sebelum masak kena buat research dulu... hehe.. apalagi mintak tolong kat pakcik google la.. taip je.. nak apa.. sume ada.. zaman sekarang nih senang.. sume di hujung jari je..

Roti Jala



Resepi roti jala

Bahan2
2 cwn tepung gandum
2 1/4 cwn air
4 sudu besar santan pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kunyit

Cara2
1. Campurkan semua bahan dan gaul sampai sebati.
2. Masukkan dlm blender dan blend sebentar supaya tepung tu x berketul. Kemudian tuangkan ke dlm bekas.
3. Sediakan non stick pan, sapu sedikit minyak. Gunakan acuan roti jala dan kiraikan adunan td atas kuali itu..
4. Biar atas kuali lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut kesukaan masing2. Ulangi lg sampai habis..

Acuan roti jala tu blh beli kat carefour ke jusco ke, x mahal harga dia, rm1.90 je saya beli.. roti jala ni blh mkn dgn kuah kari ayam ke, kari ikan ke, kari sardin ke atau dgn kuah durian pon sodap...

Selamat mencuba..

Red Ruby

Salam...

InsyaAllah lagi seminggu kita akan menyambut ramadhan.. rasa mcm x sabar plk nak menyambut kemeriahan ramadhan.. Alhamdulillah puasa tahun lepas pun dah abis ganti.. Bila dah nak dekat puasa ni mulalah sibuk nak cari baju rayala, tudung rayala, langsir rayala.. hehe.. td baru je pg ke jalan tar, survey kain nak buat langsir.. cari punya cari punya cari.. ada yg berkenan tp yg x berkenannya upah jahit mahal sgt.. bukan patern yg havoc2 pun, cuma jahit biasa tu je, dia amek rm5 sekaki.. mcm mahal je.. dulu masa 1st time beli langsir kitorg pg kat nilai 3....... ke nilai square.. haha x ingatla.. kat situ mmg puas hati.. beli lagsir untuk seluruh rumah, x sampai rm1000 pun.. so ingat kali ni tgk dekat nilai jgkla..

Eh.. sibuk citer pasal langsir plk.. sebenarnya nak cite pasal  Red Ruby nih.. sedap x ingat nye red ruby nih, atau nama asalnya tab tim grob (tah betul ke tak ejaannya.. hehe.. belasah jer...) ni adalah sejenis pencuci mulut orang thailand.. nak buat pun mmg senang sgt.. bahan2 pun mudah kita dpt dkt supermarket.. 

Red Ruby

Hehe ni klu bulan puasa makan time berbuka ni mmg ermmm sluurrpppp... tp x blh amal kan selalu sbb puasa2 kena kurangkan minum air batu..

Resepi Red Ruby

Bahan A - dimasak hingga larut dan ketepikan biar sejuk
1/2 cwn gula
1 cwn air
1 helai daun pandan

Bahan B 
200 ml (1 kotak kecil) santan pekat
1/2 sudu teh garam halus
3 cwn ketulan ais

Bahan C
12 biji sengkuang cina (waterchesnut) di potong dadu
1 sudu kecil pewarna merah
1 cwn tepung ubi
beberapa ulas nangka (jack fruit) di potong dadu
1/2 liter air untuk merebus

Cara2
1. Satukan Bahan A & B, masukkan dalam blender, kisar sampi ais hancur jadi mcm smoothie yg jual kat pasar malam tu.. Masukkan dalam bekas dan simpan dlm freezer.
2. Kupas kulit sengkuang cina, potong dadu dan gaulkan ke dlm pewarna merah selama 20 minit. Keluarkan dan gaulkan dgn tepung ubi. Gaul hingga rata, sampai semua sengkuang cina tu disalut dgn tepung ubi.
3. Didihkan air kemudiankan masukkan sengkuang cina td. Tunggu smpi sengkuang cina tu timbul semudian blhla di kaut dan masukkan dalam air sejuk.
4. Dah siap, blh scoop smoothie td ke dlm mangkuk dan tambah red ruby & nangka.. Boleh makan...

Kalau malas nak buat pegi je mkn kat kedai tomyam yg berdekatan.. hehe.. yg ada jual la..

Sekian..

Saturday 23 July 2011

Welcome to my new home..


Salam,

Alhamdulillah terhasil jugak blog yg baru ni. Sebelum nih asyik ber fp saje so sekarang kita pindah ke blog plk. Dah lama nak pindah ke blog ni cuma jari jemari ni rasa malas benar nak menaip.. hehe.. tp arini sambil2 melayari alam maya nih, layar punya layar punya layar, at last jadi jgk.. kita yg baru nak buat blog, padahal org lain dah lama dah berblog. Sebelum nih pun kita mmg dah berkecimpung dlm bidang blog nih cuma bukan di blogspot saje.. Kiranya ni adalah sambungan drpd fp kita yg dululah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...