Thursday 28 July 2011

Kuih keria @ kuih gelang

Salam..
Hari ni mari kita berkenalan dgn kuih yg sememangnya femes nih, kuih keria. Ini mmg di antara kuih feveret jgk ni. nak buat pun senang, bahan pun mudah. Ramadhan pun akan menjelma mggu depan, mmg sedap klu buat utk berbuka puasa nnt. Ni bulan puasa nnt blhla nak tgk harga makanan naik atau tak. Kalau dulu rm1 blh dpt 3 ketul kuih, tahun lepas dah naik sebiji 40 sen, tahun ni macam mana plk la.. Skali harga petrol naik, skali harga mkn naik, pastu harga gula pulak naik, harga mkn pun naik.. yg heran nya bila harga petrol turun, takde plk harga mkn nak turun.. ish ish donia donia.. yg kesian nya golongan yg kurang berkemampuan lah.. yg anak ramai.. Eh.. melalut lak.. jom tgk resepi kuih keria..

Kuih keria @ kuih gelang


Resepi Kuih keria

Bahan
500gm ubi keledek merah / yg biasa pun x pe
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn air
sehelai daun pandan
air utk rebus & minyak utk goreng

Cara
1. Buang kulit ubi keledek tu pastu potong kecil2, basuh dan rebus smpi lembut. Cucuk dgn garpu, klu tenggelam kira dah masakla tu. Angkat dan toskan.
2. Bila dah sejuk skit, lecek smpi jd mcm paste.
3. Masukkan tepung gandum, uli sampai sebati. (masa ni adunan akak melekit2 kat tgn)
4. Lumur sedikit tepung kat tgn dan bentukkan adunan td jadi mcm bentuk gelang. Buat hingga abis. Semasa proses nak buat gelang tu sentiasa lumurkan tgn dgn tepung supaya x melekit tp jgn byk sgt nnt kuih keria ni akan jd keras klu terlebih tepung.
5. Pastu blh goreng. Angkat dan ketepikan.
6. Dalam kuali masukkan gula, daun pandan dan air, masak hingga mendidih dan berbuih2.
7. Perlahankan api dan masukkan kuih gelang td. Kacau hingga semua kuih di salut dgn gula. Tutupkan api. Kacau lg kuih2 tu sampai gula mengeras. Jgn berhenti kacau selagi gula x keras. Kemudian bila gula dah keras, blh angkat dan mkn..

Senang je.. cuba buat dulu.. baru tau..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...